~Hanya secebis sampah~
aku hanya tulis ape yg aku rase nk cakap.mintak maaf kalau ade sesape terasa~
Seuntai kata untuk dimaki.
Selamat dtg lah kepade sume yg sudi menziarahi blog aku nih..tp aku syor kn korang klw yer pon nk melawat blog nih,jgn lah sampai bwk air bunge mawar skali..cam korang mintak sgt aku pegi yer..bwk lah kueh2 ker kupi2 ker baru lah sedap aku nk goreng korang dlm blog aku nih kn..kah3 ! tetibe aku rase nk gelak..pape pon korang bace jek lah slagi ape yg bleh dibace kt blog aku nih yer..enjoy _\m/
Thursday, July 26, 2018
Seketika
Dah lama aku tak bukak blog aku ni..
Entahlah..lepas aku buat posting kau,aku,kita tuu
aku terus rasa nak stop menulis.
Tapi lepas beberapa lama tak bloging,rindu tuu tetap ada..
Mungkin rindu tentang blog..
Mungkin rindu nak tulis pasal kau,aku,kita..
Mungkin jugak aku rindu pika dlm posting tuu..
Yes! Mungkin sebab rindu pika..
Terlalu rindu..sampai terbawak ke mimpi..
Hmm entah la..
Aku taktau nak teruskan or biar cite tu tergantung macam tu je..
Idea?
Saturday, January 21, 2017
Kau, Aku , Kita
Mungkin aku tak patut coret kisah aku dan dia lagi..
Dan mungkin...
Aku perlu cuba lupakan semua..
Sebab itu semua dulu..
Bukan lagi untuk hari ini dan seterusnya..
Aku dah pun hilang dia..
Aku dah tewas..
Ape lagi yang tinggal selain luka?
Biar masa menimbus segalanya..
Biar masa menentukan untuk aku sembuh..
Biar segalanya berlalu..
Biar...
Biarkan..
Yang tinggal hanya aku dan kehidupan..
Be strong yusma azuwan..
InshaAllah...
Thursday, November 17, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 10
-Menyepi-
Lama jugak kami tak berhubung.
Lama..Sama macam aku post bab 9 dua bulan lepas.
Tiakde kata yang boleh aku gambarkan selain rindu.
Mungkin cerita aku banyak menyentuh soal rindu.
Entah kenapa,Aku pun taktau..
Mungkin ini kisah cinta..
Mungkin..
Bersambung...
Thursday, September 15, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 9
-Birthday girl-
Dua hari lepas hari lahir aku, rupanya hari lahir pika pulak.
Aku dapat tau bila ramai wish kat timeline fb dia.
Ya Allah rupanya tak jauh pun tarikh kitorang.
Aku call pika..
"Helo ye yusma"
"Selamat hari jadi..Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi pika...
Selamat hari jadi..."
Yeayyy bestnye..tq yusma..
Jawab pika gembira sambil diiringi gelak excited dia..
Comel bunyinya..Aku suka dengar..
Aku buat perkara yang sama pika buat masa hari lahir aku. Tapi aku tak sedisiplin macam pika call setiap jam..
Ahaha sory pika..
Entah kenapa aku rasa bahagia dengan pika..
Walau hakikat kami hanya kawan..
Aku bahagia pika..
Bahagia sangat :)
Bersambung...
Monday, August 29, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 8
-Birthday boy-
xx january tiba..ye hari lahir aku..
Macam biasa jugak..membe penuh wish dekat timeline aku.
Aku reply jugak la satu² post diorang. Yela tuu jela aku rasa diri dihargai..ahaha..
Telefon aku berbunyi..
Aku angkat call tu..
"Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi yusma azuwan,
Selamat hari jadi..."
Pika menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk aku.
Aku macam eh..siap nyanyi untuk aku..tak penah lagi ade pompuan yang rela hati nyanyi lagu selamat hari jadi untuk aku sebelum ni. Kalau ada pun aku paksa..
"Tq pika nyanyi untuk aku"
Sambil ketawa aku menjawab..
"Sama² yusma" jawab pika..
Begitulah panggilan yang agak singkat..
Aku ingat sekali tu je dia call..
Rupanye setiap jam dia akan call aku untuk nyanyi lagu selamat hari jadi untuk aku. Dan setiap kali tu jugak aku dengar dia nyanyi sampai habis, excited aku saat macam 1st time dengar..
Ya Allah pika..
Kau lain pika..
Lain..
Aku tak perlu hadiah,
cukup kau nyanyi je..
Cukup bermakna...
Cukup dari sempurna...
Bersambung...
Monday, August 15, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 7
-Alam maya-
Macam biasa..tiada yang berubah..
Aku dengan hidup aku..
Pika dengan dengan hidup dia..
Ade la jugak aku add fb dia..yaa we connect each other..
Tapi kitorang tak la bertegur..cuma tengok perkembangan melalui timeline masing-masing..
Ade la jugak kadang-kadang tu aku stalk profile dia..
Yela..nak tengok gambar dia..comel pika..Suka aku tengok muka dia..
Haha ! Kadang aku tergelak kecil..gila ke aku ni? Tengok gambar dia aku boleh senyum sorang..
Tapi tulah..hakikat..hakikat yang aku dah gila bayang..
Agaknye la..Aku pun taktau..sebab, bagi aku ni first time aku rasa macam ni..
Kosong rasa bila tak tengok muka dia sehari..
Sebelum ni tak penah pun rasa macam ni..
Pengalaman..
Pengalaman yang baru aku dapat..
Dan aku nikmati pengalaman ni..
Bersambung...
Saturday, August 13, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 6
-Tahu-
Agak lama aku dengan pika tak contact. Aku ni dah mula paham yang sebenarnya...aku rindu dia..
Aku buat keputusan untuk call dia.
Tuttttt tuutttttt....tuttttt tutttttt...
Menanti panggilan dijawab.
Dan akhirnya....
"Hello..Sape ni?"
"Hoiii ! Aku la..kicap"
"Ooo ko..kenapa ko? Tak penah² call"
"Takde ape, saje je aku call...Ok lah bye"
"Eh?! Okbye" jawab pika sambil gelak kecil..
Begitulah singkatnye perbualan kami..tapi...
Cukup untuk melepaskan rindu aku kat pika..
Fuhhhh bahagia rasanye...
Pika...ko taktau ape yang aku rasa...
Ko taktau...
Bersambung...
Wednesday, August 3, 2016
Kau,Aku,Kita
Bab 5.
-Rindu-
Hari terus berlalu..
Pika dah balik tempat study dia.
Aku?
Aku macam biasa la dengan aktiviti harian.. Macam biasa takde ape yang menarik..cuma satu. Aku tak paham sejak kebelakangan ni aku rasa sesuatu yang tak cukup. Rasa...rasa tak complete..
Eh kenapa ni?
Apahal dengan aku ni?
Aku sendiri taktau..
Aku taktau nak ekspresikan perasaan ni..
Dan aku rasa aku tak perlu tau..
BERSAMBUNG...
Wednesday, June 22, 2016
Kau,Aku,Kita
Friday, June 17, 2016
Kau, Aku, Kita
-Perasaan-
Malam tu aku lepak macam biasa, takde benda menarik cuma berbual kosong sambil² membahan.
Titt tittt! Kedengaran bunyi text masuk dari telefon tak berapa nak pintar aku berbunyi..
Aku bukak text tersebut..
Ooo text dari pika..
"Esok ko free? Aku boring la duduk umah mona ni"
Tanya pika ringkas..
Aku membalas text pika..
"Rasanye free kot, kenapa? Nak lepak ke?"
"Haah..jom karok, aku rasa macam nak melalak la.."
"Ok, esok amek aku kat umah ye"
Jawabku tanpa fikir panjang..
"Ok esok ape² aku bagitau"
Jawab pika ringkas sepintas lalu..
-keesokan harinye-
"Yusma aku dah sampai depan umah ko ni"
Text dari pika, lantas aku menyelak langsir tingkap depan umah aku..
"Tunggu jap!!" aku menjerit..
Aku lantas sepantas hussein bolt lumba lari pecut 100meter menyiapkan diri..lalu terus keluar menuju pika..
"Sorry wey lambat sikit" aku menyapa pika..
"Takde hal, jom la cepat" jawab pika sambil tersenyum..
Aku pun memandu pacuan 4 roda iaitu scooter papan si mona menuju ke karoke Ah Seng kat pekan..
Sampai je aku terus park scooter dan ajak pika naik sebab karoke tuu kat tingkat 2..
Sampai je kat bilik karoke tuu, pika terbangang seketika tatkala melihat barangan karoke yang agak vintage kat dalam tuu..
"Fuyyoooo weyy! Gempak doee karoke ni, aku tak penah tengok karoke macam ni nak nyanyi kena masuk duit syiling, pilih lagu pakai buku"
Ujar pika dalam keadaan terpegun macam nampak duit 2.6Billion depan mata..
"Ko perli ke mat? Tau la karoke ni klasik" jawab aku sebab aku ingat dia perli..
"Tak la, tempat ni memang gempak..kenapa la kat melaka takde karoke macam ni.."
Jawab pika..
First time aku tengok orang kagum tengok karoke ni..Hahaha..
Satu lagu yang pika nyanyi and aku takkan pernah lupa, dia cakap tuu lagi favourite dia..
Budi-Ahmad Jais
Wah! Rare gak minah ni..layan lagu vintage..
Bisik hati sederhana besar aku..
Lepas karok tuu kitorang pun pusing² la kat pekan tuu..
Dalam perjalan atas moto tuu, aku sempat bertanya pika, dia tak takut ke keluar ngan aku..kot aku ni jahat ke kang buat yang bukan² ke kat dia..
"Tak lah..aku tengok ko ni ok dan rasanye ko takkan buat macam tu kot"
Jawab pika selamber..
Aku pun senyum senang hati..Dalam hati aku..Dia ni memang pompuan pelik la..tapi aku mula suka..
Dia hantar aku balik..dia pun balik kat umah mona. Kali ni dah tak tanya aku macam mana nak balik..haha
Bersambung...
Saturday, June 11, 2016
Kau,aku,kita
Bab 2
-Permulaan-
"Hello,ni yusma ke?" Suara pompuan menyoal aku.
"Ye ni yusma,sape ni?" Soalku kembali.
"Ni pika kawan mona,dia cakap kalau bosan suruh carik ko" jawab pika..
Eh pandai-pandai pulak si mona ni rekemen aku jadi juru hibur.
"Ooo pika..kenapa ko?" Tanya aku lagi.
"Aku nak pegi cc kejap nak buat keje sikit,ko boleh teman aku tak?" Suara pika berbunyi agak berat bertanya,mungkin segan dengan aku agaknye..
"Ooo boleh je,aku pun tengah free ni..ko datang la umah aku amek aku.." jawabku dengan penuh keyakinan dalam diri.haha
"Eh takpe ke aku amek ko kat umah? Kang orang cakap ape pulak tengok pompuan datang amek ko kat depan umah" soal si pika cuba menegakkan tatasusila kemelayuannye.
"Eh takde hal la..datang jela,nanti nak datang call. Aku nak mandi jap" jawabku seperti kaunter penerangan Lembaga Padi Negara.
"Ok nanti aku sampai aku bagitau"
30minit berlalu setelah siap aku mandi and standby si pika pun call aku.
Aku menjawab panggilan dari pika melalui telefon tak berapa pintar aku.
"Eh umah ko yang sebelah mana?" Tanya pika cemas sebab tak penah dia jalan kat kampung aku ni sorang²..
Aku pun sekali lagi menjelaskan kat pika tak ubah seperti pegawai jabatan kerja raya.
Tak lama lepas berhempas pulas aku terangkan akhirnye sampai jugak budak pika ni kat depan umah aku sambil menaiki scooter ego si mona.
"Hah ko jumpa jugak umah aku ye" sergahku.
"Fuhh jauh jugak umah ko ni ye" keluh pika.
"Takde la jauh sangat dekat je ngan pekan umah aku ni."jawabku dengan selambe.
"Haa cepat la,ko bawak"arah si pika.
"Aku pulak kena bawak?" Usik ku.
"Dah tu? Macam la aku pakar sangat jalan sini kan?" Pika menjawab sambil mempamerkan muka tension tahap gaban.
Aku pun bawak la scooter papan tersebut sambil tanya dia kemana lokasi nak pegi?
"Ikut ko la yang penting nanti pegi cc tau" jawab pika ringkas.
Hishhh pika ni percaya betul kat aku,dia ni takde terfikir ke kot aku ni orang jahat ke. Kang buat yang bukan² kat dia ke..
"Tekak aku haus la,ape kata kite lepak medan minom jap" timbul idea dari otak benakku.
"Aku ok je" jawab pika sekali lagi ringkas dan padat.
Sampai di medan selera,kengkawan aku dah ade kat situ sambil berborak secara bersungguh². Entah ape yang dibualkan pun aku taktau. Tak ubah macam dewan parlimen.
Sampai kat meja baru aku tau ape yang dibualkan. Hmm tak lain memang cite pasal moto pastu aktiviti membahan. Aku dah agak dah. Kerana sifat aku yang agak kelakian dan naluri seorang lelaki yang ingin protect pompuan,
aku suruh pika duduk kat penjuru meja bersebelahan aku. Aku kenalkan kat kengkawan aku si pika ni.
Kitorang pun borak la macam nak gile.
"Ko ok tak? Kitorang memang macam ni" aku memberitahu pika.
"Aku ok je" sambil senyum meleret pika menjawab.
Dalam setengah jam kami berborak pika cakap ngan aku.
"Eh jom la cc,macam dah lama sangat je ni"
"Haa jom la,nasib ko ingatkan aku" jawabku..
Lepas settle bayar kitorang pun gerak la ke cc.
Sampai kat cc,pika pun buat la keje dia. Entah website ape dia bukak entah. Bukak email agaknye.
Aku pun tak amek tau sangat sebab aku nampak membe² aku leka main call of duty. Aku pun join la dorang main.
Punye la rancak main tak sedar dah lama sangat aku main. Pika datang kat aku.
"Wey aku nak gerak dah ni,ko nak aku hantar tak?" Tanya pika.
"Aku stay kat sini kot,tengah best ni" jawabku pantas.
"Ok la kalau macamtu,macamana eh jalan aku nak balik ni?" Tanya pika tersipu².
Dengan itu,sekali lagi aku menjadi kaunter penerangan.
"Nanti kalau sesat call je aku ok" ujarku,cehhh ayat..ujarku tuu tak tahan tuu..haha
"Ok nanti ape² aku call ko ye"
Pika pun berlalu bersama scooter papan tersebut tanpa aku endahkan.
Bersambung..
Tuesday, June 7, 2016
Kau,aku,kita
Tuesday, March 15, 2016
Impian jadi kenyataan.
Monday, March 14, 2016
Hidup itu mudah.
Tuesday, December 8, 2015
Kalau dah jodoh.
Dalam hidup ni kite terlalu-lalu mencari yg sempurna. Kite habiskan mase untuk mencari-cari teman yg perfect untuk kite.
Tanpa kite sedar dia ade depan mata, sape tau mungkin kawan yg kite anggap tak lebih dari kawan tuu sebenarnye yg pedulikan kite.
Dia lebih paham kite, tak mengeluh dengan perangai kite, selalu layan kerenah kite, selalu ambik perhatian lebih kat kite. Tak lupa kat kite walau dia sebok mana pun.
Dia tak penah tak support aku. Dia terima kekurangan aku. Dia tak penah nak perkecilkan aku. Sentiasa positif dgn aku..
4 tahun lepas dia hanya kawan biasa..biasa yg biasa ², kami hanya wish hari lahir masing ² bila tiba masa je.
Entah kenapa dan macam mana setelah bertahun berkawan macam ni kami boleh rapat macam sekarang.
Aku takkan lupa setiap hari lahir aku, dia akan call aku setiap jam hanya utk ucap selamat hari lahir. Aku pun buat macam tu walau tak dapat setiap jam.
Ade sekali tu mase tu dia tengah date dengan bf dia..aku call sebab nak wish..adoii..
Tapi tak tau macam mana boleh rapat, serapat ni..mungkin ini nama nye jodoh..
Kite tak rancang tapi inilah ketentuannye..alhamdulillah..
Aku harap ini yg terakhir..
Aaminn
Tuesday, October 6, 2015
R A B A K
Friday, October 2, 2015
Today's view
Thursday, August 20, 2015
Monday, December 22, 2014
Pemberitahuan.
Kepada semua yg follow blog aku,akan ade post² yg akan dipadam dalam mase 24jam atas sebab² tertentu.
Aku harap korang paham..
Terpaksa aku padam..
Chill laa ok :)
Kepada pihak berwajib,sy tak marah..
Sikit pun tak..sy akur dgn keputusan dan arahan anda.
Kesian terima kasih.
Eh !
Sekian terima kasih.
Sunday, November 30, 2014
Selamat datang disember.
"Masa tak penah menunggu,
Jika kita dipintas,jangan beralah.
Sebaliknya berusahalah utk memintas kembali.
Semalam jadikan satu kenangan,
Esok jadikan satu kejayaan".
-kicap-
Aku harap bulan baru ni dapat aku bangun balik,bersemangat balik walau susah aku akan tetap cuba.
Bukan mudah nak buat sume tu kan..tapi, inilah hidup. Kita jatuh dan bangun kembali. Disitu kite belajar betulkan kesalahan kita. Buang keburukan kita.
Aku harap aku tabah harung sume masalah ni. Aty,mungkin kite bukan jodoh,sebab tu tak bersama..yang pasti,aku bodoh sebab tu tak kemana. Mungkin dah sampai mase aku buang bodoh ni sikit. Awak tengah bahagia aty..teruskan...
Jangan ingat pasal orang lagi,nanti awak sedih balik,orang pun akan cuba hepy kan diri sendiri. Ape nak buat lepas ni ? Mungkin aku akan aktif balik main moto. Sebab tu hobi aku dari dulu disamping boleh luangkan masa lapang.
Kepada pembaca yang still setia ngan blog ni. InshaAllah,aku akan post balik artikel² yang boleh menceriakan korang. Cuma ambik masa sikit..sory k sebab korang terpaksa follow kisah agak sedih aku ni..
Sesape yang nk add aku kt fb boleh jugak Yusma Azuwan(raining blood)
Wechat also can..ahaha ID: OrangAwam
Moga disember memberi perubahan positif kepada aku dan semua manusia..aaminn :)
Sunday, April 20, 2014
Today's view
Tengok gambo ni,gaya macam aku curik kat google image je kan..haha !
Sebenarnye aku snap gambo ni mase aku lepak kat kampung aku..pastu aku edit-edit la sikit..tipulah kalau aku cakap non edit cengini gambo nye camni.. Tapi siyez bila lepak kat sini memang rasa tenang sikit otak aku selain pantai. Korang pun paham kan aku ni kategori manusia yang banyak masalah. Yelah,sebagai manusia kite memang takkan lari dari masalah. Itulah hidup..kalau takde masalah,syurga lah tempatnye. Walaupun berat aku nak hadap masalah aku tapi aku gagahkan jugak.
Sebab masalah la yang mengajar kite supaya lebih dewasa dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Mungkin ape yang aku cite ni lari jauh dari gambo yang aku post ni. Tapi tulah,aku rase nak cite benda ni sebab aku rase kat sini jela aku boleh cite kan. Kalau cite kat orang belum tentu dorang nak dengar. Kadang-kadang aku terfikir bila penghujung kesusahan aku ni berakhir. Tapi bila difikir-fikir balik rezeki tu belum sampai. Aku sebagai hamba Allah kena terus berusaha. Aku selalu lalai dengan kewajipan aku sebagai hamba-Nya. Ye mungkin itulah kuncinye.. Maaf dekat sume yang terpaksa baca ape yang aku cakap ni. Aku mungkin tak banyak merepek dah skang ni..aku pun tak tau mana pegi nye mood merepek aku..mungkin hilang ditelan arus kemodenan kot..setakat ni jela kot penulisan aku.
Wednesday, April 9, 2014
peninggg aahhhh !
Hari ni aku malas nak pegi keje. Sebab semalam aku kena raging terok ngan bos bodo tuu. Lepas tuu aku bantai gado ngan dia. So tadi aku pegi carik keje lain. Malas aku nak layan orang gile macam bos tuu..kalau dilayan aku pun gile nanti..cukup lah dia sorang je gile. Kalau gile dapat "surat kuning" ok jugak. Boleh aku tikam perut bos bongok tuu. Ini kalau satakat gile kategori biase baik tak payah. kan ? hahaha ! eh buat pe cite pasal hal gile ni ? bukan aku betul-betul mintak jadi gile pun. Kalau aku gile nanti takde harapan nak kawen..hahaha ! tapi kalau kawen pun ade gak yg jadi gile. Contohnye bila dah cerai datang la penyakit gile nye. Penyakit "gile talak",haaa lagi ngeri kan ?mintak dijauhkan lah hendaknue terhadap diri ku si pacal hina ni..ehehe..tapi apsal aku cite bab kawen pulak ni ? aku bukan ade ape-ape link dengan jabatan agama Islam or mana-mana link yang berkenaan kan..entah la..
Mungkin faktor usia makin meningkat buat aku bersungguh-sungguh nak kawen. Hisshhhhh kicap kicap...duit belum ramai lagi ni..tapi dah gatal..adoiii..
Pening gile kalau dipikir-pikir hal ni..rumit betul hidup alam dewasa ni..
Nak buat macam mana kan. Kite manusia biasa kena lah lalui sume ni.. Kalau tanak tempuh alam dewasa,nak tempuh alam ape ? alam ghaib ? hahaha ! aku dari tadi gelak sorang je.. macam orang gile..eh ? gile lagi ? entah la..aku nak tido..babai
Friday, September 13, 2013
Sabut timbul :p
Monday, January 21, 2013
Sunday, January 20, 2013
warkah ku buat raja sehari~
oo..mak aku nak sembahyang sunat lah tuu..terpaksa lah aku menaip dalam keadaan yang sopan lagi bertatasusila..eh betul ke ejaan aku ni ? ke macam ni ejaannye bertata-susila ? ah mana-manalah yang korang rase bahagia dengan cara pembacaannye. Macam korang tak tau pulak dengan penulisan aku sebelum ni tunggang langgang. Eh binatang kecil ni sebok pulak dia bermain-main diatas keypad ni..kalau korang perasan dari tadi aku tak penah tekan key "Z" kan ? nak tau sebab ape ? sebab binatang comel tuu sebok duduk situ diam-diam,oleh sebab belas kasihan aku,aku try test cuba untuk mengelakkan dari menggunakan key "Z" tersebut. Dan untuk pengetahuan korang jugak,binatang yang comel itu tadi pun telah mati sejak aku 1st time tekan key "Z" tadi..kesian dia,aku letak binatang tuu kat tepi supaya senang lah nanti mana tau sahabat-sahabat,ibubapa penjaga mahupun jiran-jiran dia nak kenal pasti mayat nye nanti. Sebenarnye aku pun ade gak rase bersalah terhadap perbuatan yang baru aku lakukan tadi tuu..tapi apakan daya,ini sume dah ketentuan..hmmm..kenapalah aku selalu ditimpa masalah sebegini rupa ? Takpelah..kite biarkan binatang itu. Untuk pengetahuan pembaca sekali lagi,tatkala aku menulis warkah berlagu pilu ni,dah lapan belas kotak rokok suria aku habiskan dimana rokok yang terakhir telah berada dicelah bibir aku. Tapi aku tak bakar untuk menghisapinye pun sebab aku tak sampai hati. Jadi aku membuat keputusan untuk mengunyah nye sahaja. ahh nikmat baetul rasanye. Ehh panjang jugak aku dah merapu ni.. perghh aku respect betul kat korang yang masih setia bersama aku untuk menghabiskan pembentangan aku ni. Kalau korang nak tau minggu lepas aku dapat aduan dimana 95% pembaca blog aku ni mati dalam keadaan berbuih mulutnye time baca blog aku ni. Mungkin kerana kurangnye akidah didalam diri menyebabkan perkara itu terjadi. haishhh macam-macam lah kes sekarang ni. Aku rase elok aku habiskan penulisan aku setakat ni sebab takut hilang lagi 5% pembaca..hahaha..nite all Assalamualaikum (:
Friday, January 18, 2013
1st 2013 update (:
Saturday, June 23, 2012
Tak cukup tangan
Tuesday, June 19, 2012
Tauke ke Tak ok ?
Friday, June 15, 2012
I got fever
Wednesday, June 13, 2012
peluh merecik !
Tuesday, June 12, 2012
jiwa remaja hidup merantau
Friday, September 9, 2011
Terkonang-konang
Dapat duit raye !
mood : bangge dapat duit raye : )
Thursday, September 8, 2011
kenape kicap ??
p/s : aku hanye gile ngan kicap cap kipas udang ( kaler merah sahaje) :p
gatsby-->uber-man
Wednesday, September 7, 2011
Pagi raye
Tuesday, September 6, 2011
Genre lama,Generasi baru.
Isu punkers
Thursday, May 12, 2011
ape lagi ?
Sunday, February 27, 2011
Saturday, February 26, 2011
Thursday, February 24, 2011
Sore itu
Di sore itu hujan menitislayu dan longlai tidak bermaya
pemergianmu masih terasa
hangat membara dijiwaku
biarpun telah berlalu
kisah cinta antara kita
namun diriku tak dapat melupakan
dirimu oh sayangku
hancur hatiku tak siapa yang tahu
tidak dapatku gambarkan lagi
cepat benar kau temui pengganti
membuatkan ku berkecil hati
kau seolah-olah sengaja
lewat dihadapan rumahku
bersamanya kekasih barumu
membuatkan ku terluka lagi
ingin ku nyatakan padamu
ku harap kau dapat mendengarnya
lagu ini hanya untukmu
lagu buat seorang penipu
lirik by : kicap
Terbaik buatmu
mungkin ini yang terabaik buat muterpaksa ku pergi meninggalkan mu
takdir telah tertulis
terpaksa ku akur
sungguh ku tak pantas berada disisi mu
ku harap kau dapat mengertikan
apa yang ku katakan
cukup sampai disini
kasih berhenti berharap
lupakanlah aku
jika itu bisa
menghapus duka dihatimu
tak mahu ku lagi kekhilafan lalu
ku harap kau
bahagia selalu...
lirik by : kicap
Wednesday, February 23, 2011
nk dijadikn citer,dtg lah sorang mamat nih kt brader cool td 2..
ikuti perbualan mereka
mamat tidak dikenali (M) brader cool (c)
M : lawa kete bang..(nada mengidam)
C : bese2 jek..
M : abg bwk kete nih xgayat ke bang ? laju nihh kete nihh bang..!
C : xtao lah , ok jek..
M : bang,skali tekan bleh pegi brape kete nih bang ?
C : errr...abg xpasti lah...
M : bese lah 2 bang..da laju sape nk tgk meter kn..urmmm...best x pemanduan kete nih bang ?
C : kekok sgt lah bro..klw soh bwk skunk pon maybe rase kekok kot..
M : yeke bang ? agak2 brape harge kete nih bang yer ?
C : ntah lah bro...(nada slamberk dodol)
M : aik ? pasal ape harge kete sndiri pon abg xtao ?
C : eh sape ckp nih kete aq bro ?
M : hamboi..!da abg terkinja2 kt kete nih,market bagai nk rak knpe?
C : aq jg parking jek bro..
selang 5 saat ayat last brader cool 2 dilepas kn,maka brader tersebut telah terkene sawan babi yg agak keterlaluan akibat dibelasah,dipijak,serta dibahan secukup rase oleh masyarakat di situ,kes tersebut telah dilaporkan kpd pihak polis & majlis persampahan negara.suspek utama dlm kes nih iyelah macik jual goreng pisang.masih lagi dlm buruan polis :)
sam & dol
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
------------------------------------------------------
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
------------------------------------------------------
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
------------------------------------------------------
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
------------------------------------------------------
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
------------------------------------------------------
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
------------------------------------------------------
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
------------------------------------------------------
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
------------------------------------------------------
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"