Bab 3
-Perasaan-
Malam tu aku lepak macam biasa, takde benda menarik cuma berbual kosong sambil² membahan.
Titt tittt! Kedengaran bunyi text masuk dari telefon tak berapa nak pintar aku berbunyi..
Aku bukak text tersebut..
Ooo text dari pika..
"Esok ko free? Aku boring la duduk umah mona ni"
Tanya pika ringkas..
Aku membalas text pika..
"Rasanye free kot, kenapa? Nak lepak ke?"
"Haah..jom karok, aku rasa macam nak melalak la.."
"Ok, esok amek aku kat umah ye"
Jawabku tanpa fikir panjang..
"Ok esok ape² aku bagitau"
Jawab pika ringkas sepintas lalu..
-keesokan harinye-
"Yusma aku dah sampai depan umah ko ni"
Text dari pika, lantas aku menyelak langsir tingkap depan umah aku..
"Tunggu jap!!" aku menjerit..
Aku lantas sepantas hussein bolt lumba lari pecut 100meter menyiapkan diri..lalu terus keluar menuju pika..
"Sorry wey lambat sikit" aku menyapa pika..
"Takde hal, jom la cepat" jawab pika sambil tersenyum..
Aku pun memandu pacuan 4 roda iaitu scooter papan si mona menuju ke karoke Ah Seng kat pekan..
Sampai je aku terus park scooter dan ajak pika naik sebab karoke tuu kat tingkat 2..
Sampai je kat bilik karoke tuu, pika terbangang seketika tatkala melihat barangan karoke yang agak vintage kat dalam tuu..
"Fuyyoooo weyy! Gempak doee karoke ni, aku tak penah tengok karoke macam ni nak nyanyi kena masuk duit syiling, pilih lagu pakai buku"
Ujar pika dalam keadaan terpegun macam nampak duit 2.6Billion depan mata..
"Ko perli ke mat? Tau la karoke ni klasik" jawab aku sebab aku ingat dia perli..
"Tak la, tempat ni memang gempak..kenapa la kat melaka takde karoke macam ni.."
Jawab pika..
First time aku tengok orang kagum tengok karoke ni..Hahaha..
Satu lagu yang pika nyanyi and aku takkan pernah lupa, dia cakap tuu lagi favourite dia..
Budi-Ahmad Jais
Wah! Rare gak minah ni..layan lagu vintage..
Bisik hati sederhana besar aku..
Lepas karok tuu kitorang pun pusing² la kat pekan tuu..
Dalam perjalan atas moto tuu, aku sempat bertanya pika, dia tak takut ke keluar ngan aku..kot aku ni jahat ke kang buat yang bukan² ke kat dia..
"Tak lah..aku tengok ko ni ok dan rasanye ko takkan buat macam tu kot"
Jawab pika selamber..
Aku pun senyum senang hati..Dalam hati aku..Dia ni memang pompuan pelik la..tapi aku mula suka..
Dia hantar aku balik..dia pun balik kat umah mona. Kali ni dah tak tanya aku macam mana nak balik..haha
Bersambung...