Seuntai kata untuk dimaki.

Selamat dtg lah kepade sume yg sudi menziarahi blog aku nih..tp aku syor kn korang klw yer pon nk melawat blog nih,jgn lah sampai bwk air bunge mawar skali..cam korang mintak sgt aku pegi yer..bwk lah kueh2 ker kupi2 ker baru lah sedap aku nk goreng korang dlm blog aku nih kn..kah3 ! tetibe aku rase nk gelak..pape pon korang bace jek lah slagi ape yg bleh dibace kt blog aku nih yer..enjoy _\m/

Sunday, January 20, 2013

warkah ku buat raja sehari~

Assalamualaikum diucapkan kpd rakan sekampung.Sebelum aku nk berucap panjang kpd rakan yg pernah jamming bersama,bermain rondes dihalaman umah upit dan lain2.Aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru.Maaf kerana tak dapat hadir,bukan kerana tak sudi datang mahupun perasaan malas.Tapi disebabkan tugas yg aku usung.Tidak lah seberat mengusung jenazah ataupun mengusung jentera berat yg berada disawah padi yg kian menghijau tatkala menjelang musim menuai.Aku kini berada di Jepun berdekatan Ampang.Faktor jarak jauh tidak menjadi penghalang utk aku menyebok kan diri di majlis perkahwinan kau sebenarnye.Tapi disebabkan kelewatan diberitahu menyebabkan aku tak dapat menempah tiket flight awal.Jauh dilubuk hati,terasa sangat menyesal kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut.Jika diamati wajah yg sedang aku paparkan sekarang amat jelas terlihat kekecewaan yg begitu mendalam.Untuk pengetahuan kau,aku sedang menaip sambil menitiskan airmata.Titisan-titisan airmata ini jatuh ke atas screen sentuh telefon bimbit aku menyebabkan aku terpaksa menghabiskan duit utk mengganti screen baru.Disamping itu,aku juga telah menghabiskan 3 kotak rokok suria gudang garam dimana puntung terakhir telahpun ku telan akibat terlalu pilu tatkala sedang menaip.Aku bukan lah ingin bercerite tentang rokok yg aku hisap mahupun air mata yg kian tidak terhenti.Aku lupe ape yg sepatutnye aku ucapkan dalam post ni.Maaf jika kau terpaksa menekan link "see more" utk meneruskan pembacaan ini.Aku tahu kau cuba memahami ape yg aku cuba sampaikan.Elok lah kau tidak bertanyakan perkara itu dekat aku kerana aku sendiri tidak memahami ape yg aku tulis.Oh ! Setelah lama mencari asal usul,baru lah aku sedar yg dari awal tadi aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kt kau,itulah tujuan asal aku yg sebenar-benarnye.Kepada Mohd Azlan b. Abdul Halim selamat pengantin baru ! Semoga kekal ke akhirat dan cepat-cepat menimang baby.Assalamualaikum _\m/