aku hanya tulis ape yg aku rase nk cakap.mintak maaf kalau ade sesape terasa~
Seuntai kata untuk dimaki.
Selamat dtg lah kepade sume yg sudi menziarahi blog aku nih..tp aku syor kn korang klw yer pon nk melawat blog nih,jgn lah sampai bwk air bunge mawar skali..cam korang mintak sgt aku pegi yer..bwk lah kueh2 ker kupi2 ker baru lah sedap aku nk goreng korang dlm blog aku nih kn..kah3 ! tetibe aku rase nk gelak..pape pon korang bace jek lah slagi ape yg bleh dibace kt blog aku nih yer..enjoy _\m/
Thursday, July 26, 2018
Seketika
Dah lama aku tak bukak blog aku ni..
Entahlah..lepas aku buat posting kau,aku,kita tuu
aku terus rasa nak stop menulis.
Tapi lepas beberapa lama tak bloging,rindu tuu tetap ada..
Mungkin rindu tentang blog..
Mungkin rindu nak tulis pasal kau,aku,kita..
Mungkin jugak aku rindu pika dlm posting tuu..
Yes! Mungkin sebab rindu pika..
Terlalu rindu..sampai terbawak ke mimpi..
Hmm entah la..
Aku taktau nak teruskan or biar cite tu tergantung macam tu je..
Idea?
Saturday, January 21, 2017
Kau, Aku , Kita
Mungkin aku tak patut coret kisah aku dan dia lagi..
Dan mungkin...
Aku perlu cuba lupakan semua..
Sebab itu semua dulu..
Bukan lagi untuk hari ini dan seterusnya..
Aku dah pun hilang dia..
Aku dah tewas..
Ape lagi yang tinggal selain luka?
Biar masa menimbus segalanya..
Biar masa menentukan untuk aku sembuh..
Biar segalanya berlalu..
Biar...
Biarkan..
Yang tinggal hanya aku dan kehidupan..
Be strong yusma azuwan..
InshaAllah...
Thursday, November 17, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 10
-Menyepi-
Lama jugak kami tak berhubung.
Lama..Sama macam aku post bab 9 dua bulan lepas.
Tiakde kata yang boleh aku gambarkan selain rindu.
Mungkin cerita aku banyak menyentuh soal rindu.
Entah kenapa,Aku pun taktau..
Mungkin ini kisah cinta..
Mungkin..
Bersambung...
Thursday, September 15, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 9
-Birthday girl-
Dua hari lepas hari lahir aku, rupanya hari lahir pika pulak.
Aku dapat tau bila ramai wish kat timeline fb dia.
Ya Allah rupanya tak jauh pun tarikh kitorang.
Aku call pika..
"Helo ye yusma"
"Selamat hari jadi..Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi pika...
Selamat hari jadi..."
Yeayyy bestnye..tq yusma..
Jawab pika gembira sambil diiringi gelak excited dia..
Comel bunyinya..Aku suka dengar..
Aku buat perkara yang sama pika buat masa hari lahir aku. Tapi aku tak sedisiplin macam pika call setiap jam..
Ahaha sory pika..
Entah kenapa aku rasa bahagia dengan pika..
Walau hakikat kami hanya kawan..
Aku bahagia pika..
Bahagia sangat :)
Bersambung...
Monday, August 29, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 8
-Birthday boy-
xx january tiba..ye hari lahir aku..
Macam biasa jugak..membe penuh wish dekat timeline aku.
Aku reply jugak la satu² post diorang. Yela tuu jela aku rasa diri dihargai..ahaha..
Telefon aku berbunyi..
Aku angkat call tu..
"Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi yusma azuwan,
Selamat hari jadi..."
Pika menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk aku.
Aku macam eh..siap nyanyi untuk aku..tak penah lagi ade pompuan yang rela hati nyanyi lagu selamat hari jadi untuk aku sebelum ni. Kalau ada pun aku paksa..
"Tq pika nyanyi untuk aku"
Sambil ketawa aku menjawab..
"Sama² yusma" jawab pika..
Begitulah panggilan yang agak singkat..
Aku ingat sekali tu je dia call..
Rupanye setiap jam dia akan call aku untuk nyanyi lagu selamat hari jadi untuk aku. Dan setiap kali tu jugak aku dengar dia nyanyi sampai habis, excited aku saat macam 1st time dengar..
Ya Allah pika..
Kau lain pika..
Lain..
Aku tak perlu hadiah,
cukup kau nyanyi je..
Cukup bermakna...
Cukup dari sempurna...
Bersambung...
Monday, August 15, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 7
-Alam maya-
Macam biasa..tiada yang berubah..
Aku dengan hidup aku..
Pika dengan dengan hidup dia..
Ade la jugak aku add fb dia..yaa we connect each other..
Tapi kitorang tak la bertegur..cuma tengok perkembangan melalui timeline masing-masing..
Ade la jugak kadang-kadang tu aku stalk profile dia..
Yela..nak tengok gambar dia..comel pika..Suka aku tengok muka dia..
Haha ! Kadang aku tergelak kecil..gila ke aku ni? Tengok gambar dia aku boleh senyum sorang..
Tapi tulah..hakikat..hakikat yang aku dah gila bayang..
Agaknye la..Aku pun taktau..sebab, bagi aku ni first time aku rasa macam ni..
Kosong rasa bila tak tengok muka dia sehari..
Sebelum ni tak penah pun rasa macam ni..
Pengalaman..
Pengalaman yang baru aku dapat..
Dan aku nikmati pengalaman ni..
Bersambung...
Saturday, August 13, 2016
Kau, Aku, Kita
Bab 6
-Tahu-
Agak lama aku dengan pika tak contact. Aku ni dah mula paham yang sebenarnya...aku rindu dia..
Aku buat keputusan untuk call dia.
Tuttttt tuutttttt....tuttttt tutttttt...
Menanti panggilan dijawab.
Dan akhirnya....
"Hello..Sape ni?"
"Hoiii ! Aku la..kicap"
"Ooo ko..kenapa ko? Tak penah² call"
"Takde ape, saje je aku call...Ok lah bye"
"Eh?! Okbye" jawab pika sambil gelak kecil..
Begitulah singkatnye perbualan kami..tapi...
Cukup untuk melepaskan rindu aku kat pika..
Fuhhhh bahagia rasanye...
Pika...ko taktau ape yang aku rasa...
Ko taktau...
Bersambung...
Wednesday, August 3, 2016
Kau,Aku,Kita
Bab 5.
-Rindu-
Hari terus berlalu..
Pika dah balik tempat study dia.
Aku?
Aku macam biasa la dengan aktiviti harian.. Macam biasa takde ape yang menarik..cuma satu. Aku tak paham sejak kebelakangan ni aku rasa sesuatu yang tak cukup. Rasa...rasa tak complete..
Eh kenapa ni?
Apahal dengan aku ni?
Aku sendiri taktau..
Aku taktau nak ekspresikan perasaan ni..
Dan aku rasa aku tak perlu tau..
BERSAMBUNG...
Wednesday, June 22, 2016
Kau,Aku,Kita
Friday, June 17, 2016
Kau, Aku, Kita
-Perasaan-
Malam tu aku lepak macam biasa, takde benda menarik cuma berbual kosong sambil² membahan.
Titt tittt! Kedengaran bunyi text masuk dari telefon tak berapa nak pintar aku berbunyi..
Aku bukak text tersebut..
Ooo text dari pika..
"Esok ko free? Aku boring la duduk umah mona ni"
Tanya pika ringkas..
Aku membalas text pika..
"Rasanye free kot, kenapa? Nak lepak ke?"
"Haah..jom karok, aku rasa macam nak melalak la.."
"Ok, esok amek aku kat umah ye"
Jawabku tanpa fikir panjang..
"Ok esok ape² aku bagitau"
Jawab pika ringkas sepintas lalu..
-keesokan harinye-
"Yusma aku dah sampai depan umah ko ni"
Text dari pika, lantas aku menyelak langsir tingkap depan umah aku..
"Tunggu jap!!" aku menjerit..
Aku lantas sepantas hussein bolt lumba lari pecut 100meter menyiapkan diri..lalu terus keluar menuju pika..
"Sorry wey lambat sikit" aku menyapa pika..
"Takde hal, jom la cepat" jawab pika sambil tersenyum..
Aku pun memandu pacuan 4 roda iaitu scooter papan si mona menuju ke karoke Ah Seng kat pekan..
Sampai je aku terus park scooter dan ajak pika naik sebab karoke tuu kat tingkat 2..
Sampai je kat bilik karoke tuu, pika terbangang seketika tatkala melihat barangan karoke yang agak vintage kat dalam tuu..
"Fuyyoooo weyy! Gempak doee karoke ni, aku tak penah tengok karoke macam ni nak nyanyi kena masuk duit syiling, pilih lagu pakai buku"
Ujar pika dalam keadaan terpegun macam nampak duit 2.6Billion depan mata..
"Ko perli ke mat? Tau la karoke ni klasik" jawab aku sebab aku ingat dia perli..
"Tak la, tempat ni memang gempak..kenapa la kat melaka takde karoke macam ni.."
Jawab pika..
First time aku tengok orang kagum tengok karoke ni..Hahaha..
Satu lagu yang pika nyanyi and aku takkan pernah lupa, dia cakap tuu lagi favourite dia..
Budi-Ahmad Jais
Wah! Rare gak minah ni..layan lagu vintage..
Bisik hati sederhana besar aku..
Lepas karok tuu kitorang pun pusing² la kat pekan tuu..
Dalam perjalan atas moto tuu, aku sempat bertanya pika, dia tak takut ke keluar ngan aku..kot aku ni jahat ke kang buat yang bukan² ke kat dia..
"Tak lah..aku tengok ko ni ok dan rasanye ko takkan buat macam tu kot"
Jawab pika selamber..
Aku pun senyum senang hati..Dalam hati aku..Dia ni memang pompuan pelik la..tapi aku mula suka..
Dia hantar aku balik..dia pun balik kat umah mona. Kali ni dah tak tanya aku macam mana nak balik..haha
Bersambung...
Saturday, June 11, 2016
Kau,aku,kita
Bab 2
-Permulaan-
"Hello,ni yusma ke?" Suara pompuan menyoal aku.
"Ye ni yusma,sape ni?" Soalku kembali.
"Ni pika kawan mona,dia cakap kalau bosan suruh carik ko" jawab pika..
Eh pandai-pandai pulak si mona ni rekemen aku jadi juru hibur.
"Ooo pika..kenapa ko?" Tanya aku lagi.
"Aku nak pegi cc kejap nak buat keje sikit,ko boleh teman aku tak?" Suara pika berbunyi agak berat bertanya,mungkin segan dengan aku agaknye..
"Ooo boleh je,aku pun tengah free ni..ko datang la umah aku amek aku.." jawabku dengan penuh keyakinan dalam diri.haha
"Eh takpe ke aku amek ko kat umah? Kang orang cakap ape pulak tengok pompuan datang amek ko kat depan umah" soal si pika cuba menegakkan tatasusila kemelayuannye.
"Eh takde hal la..datang jela,nanti nak datang call. Aku nak mandi jap" jawabku seperti kaunter penerangan Lembaga Padi Negara.
"Ok nanti aku sampai aku bagitau"
30minit berlalu setelah siap aku mandi and standby si pika pun call aku.
Aku menjawab panggilan dari pika melalui telefon tak berapa pintar aku.
"Eh umah ko yang sebelah mana?" Tanya pika cemas sebab tak penah dia jalan kat kampung aku ni sorang²..
Aku pun sekali lagi menjelaskan kat pika tak ubah seperti pegawai jabatan kerja raya.
Tak lama lepas berhempas pulas aku terangkan akhirnye sampai jugak budak pika ni kat depan umah aku sambil menaiki scooter ego si mona.
"Hah ko jumpa jugak umah aku ye" sergahku.
"Fuhh jauh jugak umah ko ni ye" keluh pika.
"Takde la jauh sangat dekat je ngan pekan umah aku ni."jawabku dengan selambe.
"Haa cepat la,ko bawak"arah si pika.
"Aku pulak kena bawak?" Usik ku.
"Dah tu? Macam la aku pakar sangat jalan sini kan?" Pika menjawab sambil mempamerkan muka tension tahap gaban.
Aku pun bawak la scooter papan tersebut sambil tanya dia kemana lokasi nak pegi?
"Ikut ko la yang penting nanti pegi cc tau" jawab pika ringkas.
Hishhh pika ni percaya betul kat aku,dia ni takde terfikir ke kot aku ni orang jahat ke. Kang buat yang bukan² kat dia ke..
"Tekak aku haus la,ape kata kite lepak medan minom jap" timbul idea dari otak benakku.
"Aku ok je" jawab pika sekali lagi ringkas dan padat.
Sampai di medan selera,kengkawan aku dah ade kat situ sambil berborak secara bersungguh². Entah ape yang dibualkan pun aku taktau. Tak ubah macam dewan parlimen.
Sampai kat meja baru aku tau ape yang dibualkan. Hmm tak lain memang cite pasal moto pastu aktiviti membahan. Aku dah agak dah. Kerana sifat aku yang agak kelakian dan naluri seorang lelaki yang ingin protect pompuan,
aku suruh pika duduk kat penjuru meja bersebelahan aku. Aku kenalkan kat kengkawan aku si pika ni.
Kitorang pun borak la macam nak gile.
"Ko ok tak? Kitorang memang macam ni" aku memberitahu pika.
"Aku ok je" sambil senyum meleret pika menjawab.
Dalam setengah jam kami berborak pika cakap ngan aku.
"Eh jom la cc,macam dah lama sangat je ni"
"Haa jom la,nasib ko ingatkan aku" jawabku..
Lepas settle bayar kitorang pun gerak la ke cc.
Sampai kat cc,pika pun buat la keje dia. Entah website ape dia bukak entah. Bukak email agaknye.
Aku pun tak amek tau sangat sebab aku nampak membe² aku leka main call of duty. Aku pun join la dorang main.
Punye la rancak main tak sedar dah lama sangat aku main. Pika datang kat aku.
"Wey aku nak gerak dah ni,ko nak aku hantar tak?" Tanya pika.
"Aku stay kat sini kot,tengah best ni" jawabku pantas.
"Ok la kalau macamtu,macamana eh jalan aku nak balik ni?" Tanya pika tersipu².
Dengan itu,sekali lagi aku menjadi kaunter penerangan.
"Nanti kalau sesat call je aku ok" ujarku,cehhh ayat..ujarku tuu tak tahan tuu..haha
"Ok nanti ape² aku call ko ye"
Pika pun berlalu bersama scooter papan tersebut tanpa aku endahkan.
Bersambung..
Tuesday, June 7, 2016
Kau,aku,kita
Tuesday, March 15, 2016
Impian jadi kenyataan.
Monday, March 14, 2016
Hidup itu mudah.
Tuesday, December 8, 2015
Kalau dah jodoh.
Dalam hidup ni kite terlalu-lalu mencari yg sempurna. Kite habiskan mase untuk mencari-cari teman yg perfect untuk kite.
Tanpa kite sedar dia ade depan mata, sape tau mungkin kawan yg kite anggap tak lebih dari kawan tuu sebenarnye yg pedulikan kite.
Dia lebih paham kite, tak mengeluh dengan perangai kite, selalu layan kerenah kite, selalu ambik perhatian lebih kat kite. Tak lupa kat kite walau dia sebok mana pun.
Dia tak penah tak support aku. Dia terima kekurangan aku. Dia tak penah nak perkecilkan aku. Sentiasa positif dgn aku..
4 tahun lepas dia hanya kawan biasa..biasa yg biasa ², kami hanya wish hari lahir masing ² bila tiba masa je.
Entah kenapa dan macam mana setelah bertahun berkawan macam ni kami boleh rapat macam sekarang.
Aku takkan lupa setiap hari lahir aku, dia akan call aku setiap jam hanya utk ucap selamat hari lahir. Aku pun buat macam tu walau tak dapat setiap jam.
Ade sekali tu mase tu dia tengah date dengan bf dia..aku call sebab nak wish..adoii..
Tapi tak tau macam mana boleh rapat, serapat ni..mungkin ini nama nye jodoh..
Kite tak rancang tapi inilah ketentuannye..alhamdulillah..
Aku harap ini yg terakhir..
Aaminn
Tuesday, October 6, 2015
R A B A K
Friday, October 2, 2015
Today's view
Thursday, August 20, 2015
Monday, December 22, 2014
Pemberitahuan.
Kepada semua yg follow blog aku,akan ade post² yg akan dipadam dalam mase 24jam atas sebab² tertentu.
Aku harap korang paham..
Terpaksa aku padam..
Chill laa ok :)
Kepada pihak berwajib,sy tak marah..
Sikit pun tak..sy akur dgn keputusan dan arahan anda.
Kesian terima kasih.
Eh !
Sekian terima kasih.
Sunday, November 30, 2014
Selamat datang disember.
"Masa tak penah menunggu,
Jika kita dipintas,jangan beralah.
Sebaliknya berusahalah utk memintas kembali.
Semalam jadikan satu kenangan,
Esok jadikan satu kejayaan".
-kicap-
Aku harap bulan baru ni dapat aku bangun balik,bersemangat balik walau susah aku akan tetap cuba.
Bukan mudah nak buat sume tu kan..tapi, inilah hidup. Kita jatuh dan bangun kembali. Disitu kite belajar betulkan kesalahan kita. Buang keburukan kita.
Aku harap aku tabah harung sume masalah ni. Aty,mungkin kite bukan jodoh,sebab tu tak bersama..yang pasti,aku bodoh sebab tu tak kemana. Mungkin dah sampai mase aku buang bodoh ni sikit. Awak tengah bahagia aty..teruskan...
Jangan ingat pasal orang lagi,nanti awak sedih balik,orang pun akan cuba hepy kan diri sendiri. Ape nak buat lepas ni ? Mungkin aku akan aktif balik main moto. Sebab tu hobi aku dari dulu disamping boleh luangkan masa lapang.
Kepada pembaca yang still setia ngan blog ni. InshaAllah,aku akan post balik artikel² yang boleh menceriakan korang. Cuma ambik masa sikit..sory k sebab korang terpaksa follow kisah agak sedih aku ni..
Sesape yang nk add aku kt fb boleh jugak Yusma Azuwan(raining blood)
Wechat also can..ahaha ID: OrangAwam
Moga disember memberi perubahan positif kepada aku dan semua manusia..aaminn :)




