Aku nak tanya korang, merepek dengan merapu sama ke ? Ke dia adik beradik ? Kadang-kadang benda ni jadi pengeliruan yang amat bercelaru. Aku pasti takde orang yang pertikaikan benda ni..dan aku lah antara orang yang ingin menghurai perkara ini. Boleh jadi perkara ini perkara berbangkit. Walhal,ini boleh aku klasifikasikan sebagai hal yang remeh. Rakyat malaysia menggunakan perkataan ini. Cikgu-cikgu menggunakan perkataan ni. Tapi, ape perbezaan atau persamaan antara merepek dan merapu ? Satu tanda tanya bukan ? Hmm..sebenarnya,ape yang aku nak ketengahkan dekat sini,pada kali ini,disaat dan diketika ini cuma nak bincangkan. Dalam kite tak sedar banyak perkataan yang sama makna. Cuma perkataan sahaja yang berbeza.. Ye idak ? Ahaha..udah keluor loghat perok teman..haha ! Mungkin jugak la sebab loghat negeri masing-masing yang membuatkan benda ni berlaku.
Entah lah..aku sendiri pun pening pikir benda-benda ni. Mungkin ia berkait rapat dengan dunia mistik. Eh kesitu pulak..haha
Dah la korang ! Aku saje je nak panas-panas jari kat blog aku ni. K lah.. Kesian saja untik kali ini. Kalau ade typo harap dimaafi ok..hehehe