Seuntai kata untuk dimaki.

Selamat dtg lah kepade sume yg sudi menziarahi blog aku nih..tp aku syor kn korang klw yer pon nk melawat blog nih,jgn lah sampai bwk air bunge mawar skali..cam korang mintak sgt aku pegi yer..bwk lah kueh2 ker kupi2 ker baru lah sedap aku nk goreng korang dlm blog aku nih kn..kah3 ! tetibe aku rase nk gelak..pape pon korang bace jek lah slagi ape yg bleh dibace kt blog aku nih yer..enjoy _\m/

Saturday, June 11, 2016

Kau,aku,kita

Bab 2

-Permulaan-

"Hello,ni yusma ke?" Suara pompuan menyoal aku.
"Ye ni yusma,sape ni?" Soalku kembali.
"Ni pika kawan mona,dia cakap kalau bosan suruh carik ko" jawab pika..
Eh pandai-pandai pulak si mona ni rekemen aku jadi juru hibur.
"Ooo pika..kenapa ko?" Tanya aku lagi.
"Aku nak pegi cc kejap nak buat keje sikit,ko boleh teman aku tak?" Suara pika berbunyi agak berat bertanya,mungkin segan dengan aku agaknye..
"Ooo boleh je,aku pun tengah free ni..ko datang la umah aku amek aku.." jawabku dengan penuh keyakinan dalam diri.haha
"Eh takpe ke aku amek ko kat umah? Kang orang cakap ape pulak tengok pompuan datang amek ko kat depan umah" soal si pika cuba menegakkan tatasusila kemelayuannye.
"Eh takde hal la..datang jela,nanti nak datang call. Aku nak mandi jap" jawabku seperti kaunter penerangan Lembaga Padi Negara.
"Ok nanti aku sampai aku bagitau"

30minit berlalu setelah siap aku mandi and standby si pika pun call aku.

Aku menjawab panggilan dari pika melalui telefon tak berapa pintar aku.

"Eh umah ko yang sebelah mana?" Tanya pika cemas sebab tak penah dia jalan kat kampung aku ni sorang²..
Aku pun sekali lagi menjelaskan kat pika tak ubah seperti pegawai jabatan kerja raya.

Tak lama lepas berhempas pulas aku terangkan akhirnye sampai jugak budak pika ni kat depan umah aku sambil menaiki scooter ego si mona.

"Hah ko jumpa jugak umah aku ye" sergahku.
"Fuhh jauh jugak umah ko ni ye" keluh pika.
"Takde la jauh sangat dekat je ngan pekan umah aku ni."jawabku dengan selambe.
"Haa cepat la,ko bawak"arah si pika.
"Aku pulak kena bawak?" Usik ku.
"Dah tu? Macam la aku pakar sangat jalan sini kan?" Pika menjawab sambil mempamerkan muka tension tahap gaban.

Aku pun bawak la scooter papan tersebut sambil tanya dia kemana lokasi nak pegi?
"Ikut ko la yang penting nanti pegi cc tau" jawab pika ringkas.
Hishhh pika ni percaya betul kat aku,dia ni takde terfikir ke kot aku ni orang jahat ke. Kang buat yang bukan² kat dia ke..

"Tekak aku haus la,ape kata kite lepak medan minom jap" timbul idea dari otak benakku.
"Aku ok je" jawab pika sekali lagi ringkas dan padat.

Sampai di medan selera,kengkawan aku dah ade kat situ sambil berborak secara bersungguh². Entah ape yang dibualkan pun aku taktau. Tak ubah macam dewan parlimen.

Sampai kat meja baru aku tau ape yang dibualkan. Hmm tak lain memang cite pasal moto pastu aktiviti membahan. Aku dah agak dah. Kerana sifat aku yang agak kelakian dan naluri seorang lelaki yang ingin protect pompuan,
aku suruh pika duduk kat penjuru meja bersebelahan aku. Aku kenalkan kat kengkawan aku si pika ni.

Kitorang pun borak la macam nak gile.
"Ko ok tak? Kitorang memang macam ni" aku memberitahu pika.
"Aku ok je" sambil senyum meleret pika menjawab.

Dalam setengah jam kami berborak pika cakap ngan aku.
"Eh jom la cc,macam dah lama sangat je ni"
"Haa jom la,nasib ko ingatkan aku" jawabku..
Lepas settle bayar kitorang pun gerak la ke cc.

Sampai kat cc,pika pun buat la keje dia. Entah website ape dia bukak entah. Bukak email agaknye.
Aku pun tak amek tau sangat sebab aku nampak membe² aku leka main call of duty. Aku pun join la dorang main.
Punye la rancak main tak sedar dah lama sangat aku main. Pika datang kat aku.
"Wey aku nak gerak dah ni,ko nak aku hantar tak?" Tanya pika.
"Aku stay kat sini kot,tengah best ni" jawabku pantas.
"Ok la kalau macamtu,macamana eh jalan aku nak balik ni?" Tanya pika tersipu².
Dengan itu,sekali lagi aku menjadi kaunter penerangan.
"Nanti kalau sesat call je aku ok" ujarku,cehhh ayat..ujarku tuu tak tahan tuu..haha
"Ok nanti ape² aku call ko ye"

Pika pun berlalu bersama scooter papan tersebut tanpa aku endahkan.

Bersambung..